Pada tahun ini, Pesta Perdana telah diadakan di bumi Kedah pula iaitu di
SMS Kedah, Sg. Petani. Seperti pada tahun-tahun yang
lalu, pada tahun ini 20 buah sekolah berasrama penuh telah mengambil bahagian
bagi merebut Piala Perdana Menteri dalam acara perbahasan Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris dan Piala Sheikh Hamdan Tahir dalam pertandingan bolakeranjang bagi
pasukan lelaki dan Piala Toh Puan Zainab dalam pertandingan bolakeranjang bagi
pasukan perempuan.
Pesta tersebut telah diadakan pada masa cuti persekolahan penggal pertama
iaitu dari 10hb April sehingga 17hb April
1981. Kontijen
Kolej Melayu yang seramai 27 orang pelajar telah bertolak meninggalkan Bandar
Di Raja Kuala Kangsar pada pagi 10hb April menuju
ke Negeri Jelapang Padi penuh dengan harapan dan cita-cita agar impian akan menjadi kenyataan kelak. Semasa dalam
perjalanan, kontijen telah berhenti untuk berihat dan makan tengahari di
Seberang Prai.
Bas baru
Kolej yang membawa pasukan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta pasukan bolakeranjang Kolej Melayu telah tiba di
perkarangan SMS Kedah pada tepat jam 2.45 petang. Kontijen Kolej telah
ditempatkan di tingkat 4 di asrama
putera.
Hari pertama, 11hb April
Pagi-pagi lagi pasukan bolakeranjang Kolej telah bertemu
dengan pasukan SMS Pulau Pinang. Kolej yang menurunkan pasukan utama nya telah mendapat tentangan yang hebat pada awal permainan. Akhirnya
pasukan bolakeranjang Kolej telah mencapai kemenangan pertamanya dengan kiraan
mata 98 - 66.
Pada pukul 9.30 pagi, perasmian Pesta Perdana ke 8, telah dilaksanakan oleh YB Dato’ Osman Arof, Ahli Exco Undangan Negeri Kedah
Hari kedua, 12hb April
Pada sebelah paginya, pasukan bolakeranjang Kolej telah
bertemu dengan SM Sultan Abdul Halim.
Jitra. Kolej yang pada satu ketika mendahului pihak lawan 29 - 0, pasukan pelapis meneruskan permainan dan berjaya
mencapai kemenangan yang kedua apabila
wisel penamat dibunyikan dengan jaringan yang menjadi rekod di sepanjang kejohanan ini iaitu 87 - 15.
13hb April
Hujan yang telah turun dari
awal pagi telah menyebabkan suasana menjadi agak muram. Dengan diiringi oleh hujan renyai-renyai
inilah, pasukan bolakeranjang Kolej telah turun menentang SMS Johor. Pemain pemain dari kedua-dua pasukan telah
mendapati sukar mengawal permainan disebabkan oleh keadaan gelanggang yang licin dan basah.
Namun begitu Kolej telah berjaya mengatasi pihak lawan dengan 68 - 34.
14hb April 1981
Jam
8.00 pagi, bertempat di gelanggang D KSAH,
pasukan bolakeranjang Kolej telah bertemu dengan STAR . Disebabkan
tiada perdebatan pada hari ini, seluruh kontijen Kolej telah turut sama menghadirkan
diri untuk memberikan sokongan moral kepada
pasukan Kolej. Perlawanan ini merupakan
perlawanan yang penting bagi pasukan
Kolej untuk menjamin peluangnya ke peringkat akhir kelak. Dalam perlawanan yang rancak dan penuh aksi ini, kedua-dua pasukan telah
menunjukkan permainan yang bersungguh-sungguh. Hasil dari ini jaringan pada separuh masa
pertama ialah seri dengan 29 - 29. Namun dengan
corak permainan yang lebih baik dan
teratur dalam separuh masa kedua, disertai dengan sokongan yang begitu kuat dari para penonton, Kolej telah berjaya
mendapat kejayaan 44 - 41.
Pada sebelah petangnya pula, perlawanan menentang MTD telah diadakan. Walaupun para pemain agak keletihan
disebabkan perlawanan pada paginya, Kolej telah menunjukkan satu corak
permainan yang baik. MTD tewas di tangan
Kolej dengan kiraan mata 64 - 47.
15hb April
Jam
4.30 petang - di gelanggang S Sin Min, pasukan bolakeranjang Kolej telah bertemu dengan SMS
Selangor. Kolej yang telah layak ke pusingan separuh akhir, menurunkan pasukan pelapis. Kemenangan sekali lagi dapat dicapai dengan jaringan memihak kepada Kolej 64 - 40.
16hb April
Pada
pukul 7.30
pagi, perlawanan separuh akhir bolakeranjang
diantara Kolej Melayu menentang tuan rumah SMS Kedah, telah diadakan. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan permainan yang
menarik dengan Kolej menunjukkan permainan pantas sepanjang perlawanan. Dengan sokongan yang hebat dari penyokong-penyokong Kolej, pasukan
bolakeranjang Kolej telah berjaya memasuki peringkat akhir setelah menewaskan
SMS Kedah 70 - 54.
17hb April
Hari penutup Pesta Perdana.
4.00 petang. Pertandingan
akhir bolakeranjang Piala Tan Sri Sheikh Hamdan
Tahir di antara Kolej Melayu dan MTD
dimulakan. Ini kali keempat Kolej Melayu bertemu dengan MTD di perlawanan akhir Piala Hamdan Tahir dalam masa 5 tahun. Setelah empat puluh minit beradu tenaga, Kolej berjaya menjadi johan
tahun 1981 setelah menumpaskan MTD dengan kiraan mata 79 - 54, satu rekod perbezaan mata terbesar untuk perlawanan akhir dalam sejarah bola keranjang Kolej Melayu. Piala Hamdan Tahir sekali lagi pulang ke pangkuan
Kolej Melayu untuk kali ketiga.
18hb April
Kontijen bertolak balik meninggalkan bandar Sungai Petani
dengan seribu satu kenangan pahit dan manis, suka dan duka. Kemenangan dan kekalahan memang menjadi adat
pertandingan. Namun begitu, sebahagian
dari impian telah menjadi kenyataan. Semoga
tahun 1982 akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang.